Followers

Tuesday, September 10, 2019

Kelebihan Surah Dhuha

Aku ni kalau dah mood nak menulis, satu hari aku menulis pun takpe. Aku sebenarnya nak kongsi kan dengan korang kelebihan satu surah lazim ni la. Surah dhuha.


Aku rasa mesti ada yang dah tahu kelebihan surah ni kan. Actually, banyak kelebihannya. Tadi pagi lepas solat subuh aku terbaca surah ni. Pastu aku baca dengan maknanya sekali. Bila aku fahamkan maknanya tu aku tersentap sekejap. Lagipon tadi aku tengok ig mira filzah dia ada kongsikan kelebihan surah ni. Aku ada kongsikan di fb aku juga.


Ni first makna yang aku suka dalam surah ni. Maksud makna surah ni, memberitahu tentang matlamat hidup dan masa depan kita. Kan Allah dah pesan jika dalam fikiran kita sentiasa dengan akhirat, maka kita akan dapat kebahagiaan di akhirat dan di dunia juga. Sedangkan masyarakat sekarang aku tengok semua alpa tentang akhirat dan terlalu kejarkan dunia. So as a Muslim apa apa yang kita buat tu biar la kita ingat tuhan kita dulu niat kerana dia.


Ni maksud yang kedua buat aku tersentap sampai ke jiwa aku. Dia memberitahu kita jika kita di dalam kesusahan cari lah dia sebab dia akan beri kita petunjuk iaitu hidayahnya. Beruntung siapa yang mendapat hidayahnya, pasti syurga bagi nya. Jomlah sama sama kita berdoa agar sentiasa di beri petunjuk dan hidayahnya. Jangan nama hidayah tapi lupa diri . Kejap. Aku baru teringat nama adik aku hidayah jugak. Tak tak, aku akan didik dia sehingga di beri hidayah. Hehehe. Insyaallah. Amiiinn.


Ni ayat terakhir dan makna dalam surah tersebut. Maksudnya kita sentiasa bersyukur dengan apa yang di beri. Ucapkanlah perkataan alhamdulilah apabila kita mendapat sesuatu yang menggembirakan atau di limpahkan rezeki yang berlipat kali ganda.

So pengajaran dalam surah ni. Apabila kita keseorangan atau kesedihan jangan lupa pada dia, minta lah pada dia, berdoa supaya di beri petunjuk dan hidayah daripadanya. Jika kita kesempitan rezeki, amalkan surah ni agar di beri rezeki yang banyak dan bersyukur kepadanya juga. Last but not least, as a Muslim kita kena tahu matlamat dan masa depan kita, jika gagal dalam keuidupan kita perlu bangkit semula sebab kesudahan tu tu le baik daripada permulaan. So apa apa yang kita nak buat kita buag sampai jadi, sampai tamat. Permulaan tu memang akan sentiasa di uji tapi jika kita kuat dan dan ke untuk hadapinya insyaallah kita akan berjaya juga. Yang penting jangan lupa doa kepadanya.

No comments:

Post a Comment

Hantar Wawa Pulang Ke Matriks Tangkak

15 September 2019 Jam 11:00 malam Jebon : " Kau esok teman aku hantar wawa pergi matriks dekat Tangkak" Aku : " Pukul ber...