Followers

Tuesday, September 17, 2019

Hantar Wawa Pulang Ke Matriks Tangkak


15 September 2019 Jam 11:00 malam
Jebon : " Kau esok teman aku hantar wawa pergi matriks dekat Tangkak"
Aku : " Pukul berapa?"
Jebon :  " Pukul 9 pagi"
Aku : " Okey"

Pada keesokan harinya, bermula segala kisah dan masalah yang berlaku 😂
Aku bangun pukul 8:30 pagi, mandi siap semua dan dalam pukul 9 pagi aku dah siap. Aku punya lah kelam kabut takut dia dah datang umah pastu aku pun ws wawa. Rupanya dia tak bangun lagi, jebon punya jebon. Jap blog ni actually aku nak ceritakan pasal jebon yang bengong tu. Banyak kisah dia yang terjadi satu hari tu, bila aku ingat balik confirm akan tergelak gila sakan.😂
Ni conversation antara aku dengan wawa

Okey, kiteorang pun gerak dalam pukul 10, ni semua punca jebon tu la bangun lambat 😂. Kiteorang pun gerak ikut jalan highway , pastu time nak guna touch n go tu. Die boleh touch dekat yang macam speaker ke apa ntah, boleh tengok gambar kat bawah aku ada bulatkan. Bengong punya orang, aku cakap kau duduk negara mana erk. Memang aku gelak habis la. Hahahahaha. First time doe aku tengok orang touch dekat situ, padahal dah tulis sebesar besar alam, sentuhkan kad di sini.

Tu yg aku bulat, tempat die pergi sentuh kad dekat situ. Bengong.😂

Pastu, masa dah lepas touch n go tu , die nak ikut arah belah kiri pergi kuala lumpur tp jebon tu arah belah kanan nak masuk belah kiri, ada india bawa lori tu pandang badi gila, aku rasa india tu confirm menyumpah dekat kau jebon. Hahahaha.
Lepas dah jalan tu berhenti dekat RnR Machap , makan kejap dalam pukul 12 tengah hari rasanya, pastu terus gerak pergi Tangkak aku dah ngantuk time tu, tido la kejap, dah sampai Tangkak hantar wawa apa semua. Sampai sana dalam pukul 2 lebih ptg time tu.

Ni family wawa.

So dah habis sesi di matriks Tangkak kiteorang pon gerak balik, time tu nak isi minyak kereta, berhenti kat petronas Tangkak tu. Tahu tak apa jadi lepastu, dia boleh tertinggal penutup tangki minyak tu. Korang boleh tengok gambar penutup tu, tu pun baru dapat hari ni, order malam tadi. Perghh, memang gelak habis doe. Die perasan benda tu takde time nak isi minyak dekat jb, siapa nak pusing balik gi Tangkak doe. Sumpah ah, first time aku tengok orang tertinggal penutup minyak tu. Ngantuk sangat aku rasa. Jebon tu boleh cakap "sebab mama aku cakap pasal ayer hitam, tu yang aku terus masuk kereta and lupa semua". Patutla masa naknbalik air hitam tu aku pelik kenapa tangki minyak ni terbuka die tak tutup ke?LOL.

Ni ABC kampung melayu dan aku makan murtabak cheese jugak. Murtabak cheese dia sedap sangat.

Lepastu kiteorang sampai jb dalam pukul 6 ptg, pergi la kg melayu makan abc dengan murtabak. Pastu mak ngah aku ni nak order murtabak bungkus untuk bawa balik. Pastu dia pergi order rojak dua bungkus. Bila mak dia tanya mana murtabak. Pastu dia cakap bukan tadi order rojak ke. Haish memang aku gelak lagi la. Ni paling aku gelak sampai sakit perut. Masalahnya, aku dengan mak ngah aku dah explain banyak kali kot, nak murtabak 3 dengan 2 tapi bungkus asing. Weyh serius la, mak ngah aku siap cakap 3 keping "keping" weyh. Hahahahaha 😂. Dia dengar rojak dua bungkus gila jauh. Banyak doe story jebon tu hari ni.😂

Tuesday, September 10, 2019

Kelebihan Surah Dhuha

Aku ni kalau dah mood nak menulis, satu hari aku menulis pun takpe. Aku sebenarnya nak kongsi kan dengan korang kelebihan satu surah lazim ni la. Surah dhuha.


Aku rasa mesti ada yang dah tahu kelebihan surah ni kan. Actually, banyak kelebihannya. Tadi pagi lepas solat subuh aku terbaca surah ni. Pastu aku baca dengan maknanya sekali. Bila aku fahamkan maknanya tu aku tersentap sekejap. Lagipon tadi aku tengok ig mira filzah dia ada kongsikan kelebihan surah ni. Aku ada kongsikan di fb aku juga.


Ni first makna yang aku suka dalam surah ni. Maksud makna surah ni, memberitahu tentang matlamat hidup dan masa depan kita. Kan Allah dah pesan jika dalam fikiran kita sentiasa dengan akhirat, maka kita akan dapat kebahagiaan di akhirat dan di dunia juga. Sedangkan masyarakat sekarang aku tengok semua alpa tentang akhirat dan terlalu kejarkan dunia. So as a Muslim apa apa yang kita buat tu biar la kita ingat tuhan kita dulu niat kerana dia.


Ni maksud yang kedua buat aku tersentap sampai ke jiwa aku. Dia memberitahu kita jika kita di dalam kesusahan cari lah dia sebab dia akan beri kita petunjuk iaitu hidayahnya. Beruntung siapa yang mendapat hidayahnya, pasti syurga bagi nya. Jomlah sama sama kita berdoa agar sentiasa di beri petunjuk dan hidayahnya. Jangan nama hidayah tapi lupa diri . Kejap. Aku baru teringat nama adik aku hidayah jugak. Tak tak, aku akan didik dia sehingga di beri hidayah. Hehehe. Insyaallah. Amiiinn.


Ni ayat terakhir dan makna dalam surah tersebut. Maksudnya kita sentiasa bersyukur dengan apa yang di beri. Ucapkanlah perkataan alhamdulilah apabila kita mendapat sesuatu yang menggembirakan atau di limpahkan rezeki yang berlipat kali ganda.

So pengajaran dalam surah ni. Apabila kita keseorangan atau kesedihan jangan lupa pada dia, minta lah pada dia, berdoa supaya di beri petunjuk dan hidayah daripadanya. Jika kita kesempitan rezeki, amalkan surah ni agar di beri rezeki yang banyak dan bersyukur kepadanya juga. Last but not least, as a Muslim kita kena tahu matlamat dan masa depan kita, jika gagal dalam keuidupan kita perlu bangkit semula sebab kesudahan tu tu le baik daripada permulaan. So apa apa yang kita nak buat kita buag sampai jadi, sampai tamat. Permulaan tu memang akan sentiasa di uji tapi jika kita kuat dan dan ke untuk hadapinya insyaallah kita akan berjaya juga. Yang penting jangan lupa doa kepadanya.

Tempat Baru 😱

Jap. Aku dah 4 minggu kot kat sini baru nak cerita ke. Hahahah. Ni la tempat baru aku. Tempat kerja aku. Tak, aku bukan pekerja tetap kat sini. Aku hanya seorang insan yang yang kerdil yang yan tahu apa apa lagi. Masih nak berjinak jinak kat sini. Hahahahaha. Takde la, aku praktikal lah kat sini. Kenapa aku menulis waktu ni sebab aku takde kerja lagi nak buat. Tengah bosan ni, so aku curi masa sikit untuk menulis.

Ni la nama company aku, tempat baru aku. ZNN Technology. Company apa? Ni company IT, aku kan amik course computer science. Apa aku buat dalam masa 4 minggu ni? Masa seminggu aku masuk memang aku tak buat apa pun. Aku just study je balik pasal coding tu. Masuk minggu seterusnya. Ada lah kerja sikit.

Ni gambar aku post kat story ig aku. Ada yang nak follow ke ig aku. Hahahaha.
@theniiinaaa ni ig aku tak nak follow senyap je. Sebab ig aku, aku tak update selalu pon 😂

Ni aku nak cerita pengalaman aku baru 4 minggu, first tu ada akk staff bagi aku kerja, buat flowchart. Nasib baik aku ni jenis yang apa apa idea atau info aku salin dulu dekat kertas so aku buat flowchart aku kat kertas sikit. Ok yang kat kertas tu dah siap , aku kena buat dekat laptop, tengah buat kat laptop. Pap. Laptop aku hang and mati terus. Weyh time die buat hal tu pukul 4:15 ptg akh dah nak balik pukul 5 ptg, memang hilang la apa aku buat tu sebab aku pon bengong jugak tak save. Tapi aku tenangkan diri sekejap, pastu aku buat pukul 5 tu dah siap. Bersyukur gila time tu aku siap. Tak sampai satu jam weyh. Jap aku nak bangga dengan diri aku jap.😂
Nasib bila aku suruh akk staff tu check okey la. Tak banyak salah.


Ni office aku.

Pastu hari hari yang berikutnya, ada staff ni suruh budak budak intern tolong dia  keyin kan data dekat satu website ni. Time tu budak intern ada 3 orang je termasuk aku, minggu ni dah jadi 5 orang pula ada budak baru masuk. So balik pada cerita tadi. Aku pon key in la data tu, dengan laptop buat hal lagi, weyh tetiba aku terasa nak check balik apa yang aku buat, aku check no rujukan tu, aku salah lagi no rujukan tu, dah salah no tu aku punya lah gelabah, sebab masa key in tu aku kena isi data baru dan padam data lama die, so bila aku salah no tu aku masukkan data baru dekat no tu dan dan lama aku padam la. Tu data lain yang aku masuk. Aku memang nak nagis weyh time tu. Pastu aku jumpa staff tu, aku minta maaf la, nasib dia okey. Dia baik gila kot. Aku pon macam ya allah alhamdulilah rasa bersalah, takut dan semuanya la hilang dah. Hahahah . Yang tak faham tu duduk diam diam lah. Ni kerja aku la. 😝

Dah la macam panjang pula akh tulis ni. Hahaha.

Jom follow


Dah lama tak menulis 😝

Tetiba pagi ni aku rasa nak menulis pulak. Hahahaha 😂. Serious ni blog zaman bila ni. Tak silap aku, aku buat blog ni sebab projek English sem 3  rasanya. So daripada aku tak buat apa dengan blog ni aku rasa nak manfaat kan lah blog yang ada ni.


Mungkin aku akan berkongsi kan tentang pengalaman aku atau tentang surah surah lazim yang aku dah baca serta makna nya sekali ke. Jap aku pon tengah fikir pengalaman apa yang aku ada. Hahaha. Ada ke yang nak baca blog aku ni. Hahahah
Kalau takde yang baca, aku tetap nak menulis jugak 😜. Kisah apa aku blog aku. 😂😛

Hantar Wawa Pulang Ke Matriks Tangkak

15 September 2019 Jam 11:00 malam Jebon : " Kau esok teman aku hantar wawa pergi matriks dekat Tangkak" Aku : " Pukul ber...